Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Idea Bisnes Kerepek & Makanan Ringan

Untuk mencari keuntungan, kita tidak semestinya mengejar bidang perniagaan yang berat-berat. Dengan berniaga atau mengambil kesempatan pe...

Untuk mencari keuntungan, kita tidak semestinya mengejar bidang perniagaan yang berat-berat. Dengan berniaga atau mengambil kesempatan perniagaan makanan ringan, kita juga dapat memperolehi keuntungan yang cukup banyak. Secara prinsipal, memang makanan ringan merupakan makanan snek yang murah, namun begitu keuntungan yang dijana oleh industri kecil pembuatan makanan ringan tidak harus dipandang remeh.

Kini ramai orang yang berminat dengan perniagaan makanan ringan seperti kerepek ubi kayu yang pasarannya boleh dikatakan kian berkembang. 

Walaupun ubi kayu nampaknya seperti makanan kelas bawahan, namun pembuatan kerepek ubi kayu dengan perisa yang lebih unik boleh menaikkan kelas kerepek ubi kayu sehingga ia berupaya menembus pasaran pembeli makanan ringan kelas atasan.

Namun itu hanya satu daripada banyak jenis perniagaan makanan ringan yang mengecapi kejayaan hasil sentuhan tangan-tangan kreatif yang pandai dalam mencipta campuran perencah, dan menjadikan makanan yang biasa menjadi luar biasa dari segi rasa mahupun harga.

Banyak Perusahaan Kecil & Sederhana (IKS) Berjaya Dalam Perusahaan Makanan Ringan

Masih lagi berkisar kisah kejayaan perniagaan kerepek ubi kayu pedas; di daerah lain terdapat banyak IKS yang mendapat keuntungan daripada perniagaan makanan ringan. Walaupun bermula sebagai industri rumahtangga dalam jumlah pengeluaran yang agak kecil, namun banyak perusahaan makanan ringan yang kemudiannya menjadi besar atas permintaan pasaran yang terus meningkat.
Maka makanan ringan tidak harus dipandang sebelah mata sahaja, kerana walaupun ringan, namun keuntunggannya cukup tinggi.

Industri Kecil Yang Semakin Maju

Dengan memilih sektor industri dalam pengeluaran makanan ringan, walaupun dalam skala kecil, akan banyak keuntungan yang boleh diperolehi. Pertama, adalah kerana pasarannya cukup luas. Kedua, makanan ringan cukup digemari. Dan ketiga, beberapa segmen pasaran dapat disasarkan seperti kanak-kanak, dewasa mahupun di kalangan tertentu dengan menyesuaikan produk yang dihasilkan.

Ini tentunya menjadikan industri skala kecil menjadi semakin hidup kerana peluang perniagaan makanan ringan mempunyai pasaran yang cukup luas bahkan menembusi pasaran online.

Permintaan Makanan Ringan Tidak Pernah Berkurangan

Di kedai-kedai mahupun di warung-warung, kita mudah menjumpai beraneka kerepek pisang, kerepek ubi kayu mahupun kerepek kentang. Makanan ringan tidak akan membosankan dan pasarannya kian meluas kerana peminat makanan ringan atau para pembeli tidak pernah berkurangan.

Sasaran Keuntungan Semakin Mudah

Mencari keuntungan besar daripada perniagaan makanan ringan bukanlah sesuatu yang mustahil. Carilah bahan mentah terpilih pada harga yang berpatutan untuk membuat beraneka kerepek supaya dapat menjana keuntungan. Kos operasi dapat dikurangkan namun kita perlu mencari pasaran-pasaran yang lebih berpotensi selain daripada penjualan di kedai-kedai runcit.

Latest Articles