Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Asal Usul Beberapa Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Tak Ramai Orang Tahu Dalam banyak-banyak tempat yang kita terokai, amat jarang untuk kita explore te...

7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Tak Ramai Orang Tahu

Dalam banyak-banyak tempat yang kita terokai, amat jarang untuk kita explore tentang latar belakang mengenai “negeri dibawah bayu” Sabah.


Apa yang membuatkan kami terlintas untuk kongsikan tentang negeri Sabah ini adalah keunikan asal usul daerahnya yang buatkan kami rasa tertarik. Memanglah kebanyakkan tempat di Malaysia ini ada sejarahnya sendiri.

Tapi, dalam banyak-banyak asal usul nama tempat di Malaysia, Sabah lah yang paling special dan menarik bagi kami. Jadi, kami nak kongsikan sedikit beberapa nama asal usul daerah Sabah yang ramai orang tak tahu macam mana nama tempat tersebut terhasil.

1. Menggatal


Tergelak kecil juga kami bila pertama kali dengar nama tempat ni. Mungkin Menggatal tidak se-popular seperti kawasan Sabah yang lain. Tapi, Menggatal memang wujud.

Untuk pengetahuan korang, Nama ‘Menggatal’ diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan yang buahnya apabila dimakan boleh menyebabkan kegatalan. Tempat itu kemudian disebut “Mangga Gatal”, namun lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi “Menggatal”.

2. Tawau

Nama Tawau sendiri  adalah berasal dari perkataan  ‘Tawai” iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan. Tawau ini dahulu merupakan perkampungan Nelayan.

Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan ‘Tawao” mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu.

3. Penampang


Nama “Penampang” diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas.

Ia berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud “batu besar”. Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan “Pampang” bertukar menjadi Penampang.

4. Putatan


Putatan mendapat namanya daripada sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh dengan banyak di sekitar daerah Putatan .

Berdasarkan cerita lisan, Putatan adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai ‘Putat Town’ oleh penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Namun di kalangan penduduk tempatan, ‘Putat Town’ dikenali sebagai Putatan atas sebab sebutan dalam dialek tempatan hinggalah ke hari ini.

5. Papar


Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Jadi, asal usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata.

6. Tuaran


Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan Melayu iaitu tawaran . Maksudnya ialah ‘jualan’ atau ‘tawar’ atau ‘diskaun’ atau ‘promosi’.

Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke sini untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.

7. Kota Belud


Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau iaitu “kota”. Maksudnya ialah kubu pertahanan manakala “belud” pula bermaksud bukit. Jadi,Kota Belud ini dirujuk sebagai “Kubu Pertahanan di atas Bukit”

Bagi kami dalam tujuh tempat ini yang paling unik ialah Penampang, Putatan, Papar, Tuaran dan Kota Belud. Selain daripada sejarahnya yang menarik,

Dipetik dari Oh! Bulan

Latest Articles