Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kebaikan Bekam Terhadap Kulit

Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Kulit Bekam berperanan merangsang folikel rambut dengan meningkatkan peredaran darah ke kulit sehingga m...


Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Kulit

  1. Bekam berperanan merangsang folikel rambut dengan meningkatkan peredaran darah ke kulit sehingga meningkatkan bekalan nutrisi yang baik untuk rambut dan akar rambut.
  2. Suhu kulit meningkat dan sebuah kawasan berwarna merah terbentuk. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan metabolisme makanan (pembakaran makanan) di kulit dan manfaat yang diperolehi sel-sel kulit dari darah yang sampai kepadanya.
  3. Aktiviti kelenjar (gland) peluh dan kelenjar (gland) lemak meningkat, pori-pori kulit membuka setelah dilakukan pembekaman.
  4. Peranan bekam tidak terbatas pada pembersihkan darah yang mengendap di kulit (stagnant blood), namun juga membuang bahan-bahan merbahaya yang mengendap di bawah permukaan kulit.
Nota: Terdapat sebuah kajian yang menunjukkan bahawa seorang lelaki berusia 35 tahun, melihat bulu-bulu halus mulai tumbuh pada bagian dibekam. Ia panjang dan lebat sehingga mencapai 1.5cm. Namun, pencapaian ini berlaku setelah menjalani bekam angin/kering sebanyak 140 kali. Ini menunjukkan bahawa bekam tidak semudahnya dapat membantu seseorang yang mempunyai masalah gugur rambut untuk mendapatkan rambut yang lebat semula tetapi ia tidak mustahil.

B. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Otot (Muscles)

  1. Bekam berperanan merangsang peredaran darah di otot sehingga menghilangkan kekejangan otot (muscle aches).
  2. Bekam berperanan menghantar oksigen yang diperlukan oleh tisu di otot (muscle tissues), meningkatkan penyerapan oksigen oleh sel-sel setelah pembekaman, sehingga menguatkan dan memperbaiki fungsi otot.
  3. Bekam berperanan mengeluarkan lactic acid dari otot sehingga menghilangkan keletihan dan sumbatan di otot.
C. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Tulang

  1. Bekam berperanan merangsang peredaran darah di dalam sendi sehingga mengurangkan sakit yang disebabkan oleh penyakit reumatik dan lain-lain.
  2. Nitrate Oxide (NO) berperanan mengurangkan bengkak dan tertahannya cecair di sendi akibat pembengkakan.
  3. Bekam berperanan merangsang synovial membrane untuk mengeluarkan synovial fluid yang berfungsi mengurangkan pergesekan sendi, memudahkan gerak dan akhirnya juga dapat mencegah dari berlakunya kekakuan sendi.
  4. Dengan sedutan cup yang kadang-kadang mencapai 10 cm dari kulit, dapat meningkatkan rangsangan terhadap selaput di sekeliling tulang (periostium) untuk membina tulang dan meningkatkan kadar kalsium tulang.
  5. Bekam berperanan mengeluarkan bahan-bahan merbahaya yang mengendap (stagnant) di sendi seperti kristal-kristal uric acid yang disebabkan oleh penyakit gout dan telah menyebabkan kekaukan sendi.

Nota: Namun, jika kristal-kristal sudah menjadi terlalu keras dan degil, agak sukar untuk dikeluarkan melalui bekam. Jadi, sangat di sarankan bagi mereka yang masih dalam peringkat awal untuk cepat-cepat lakukan rawatan bekam darah.

Percayalah bahawa masalah Gout atau Uric acid yang berlebihan dapat di atasi.

Latest Articles