Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Program Perdana Kinabalu Linus2.0 PPDKK

Oleh Ramli Ahmad Pamer Kreativiti Dan Inovasi Guru-Guru Sejajar dengan bidang ke-2 dalam sub NKRA Pendidikan, anjakan ke-2 dalam Pelan ...


Oleh Ramli Ahmad

Pamer Kreativiti Dan Inovasi Guru-Guru

Sejajar dengan bidang ke-2 dalam sub NKRA Pendidikan, anjakan ke-2 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan  inisiatif ke-4 dalam 1 Agenda Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) dan United Sabah Dusun Association (USDA) buat julung-julung kalinya berkolaboratif menjayakan Program PERDANA KINABALU LINUS2.0.

Bercakap mengenai program tersebut Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Tuan Haji Bad Hamid Haji Musli  berkata beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada USDA yang bukan sahaja sudi menjadi penaja utama program ini tetapi juga Presidennya Yang Berhormat Datuk Dr Ewon Ebin berkelapangan untuk datang  menyempurnakan majlis perasmian penutupannya pada 19 September 2015 (Sabtu) kelak bersama-sama dengan Yang Berbahagia  Datuk Jame Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah bertempat di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah.

Menurut Tuan Haji Bad Hamid lagi program ini bertujuan untuk mempamerkan kreativiti  dan inovasi guru-guru dalam membina Bahan Bantu Belajar dan seterusnya Mengajar untuk membantu murid-murid meningkatkan tahap penguasaan konstruk LINUS khasnya murid Tahun 3  yang belum menguasainya disamping suatu usaha memupuk minat murid-murid dalam pembelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik (Numerasi) selaras dengan hasrat  Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu untuk mensifarkan LINUS .

“ Program ini juga sekaligus akan mendedahkan konsep Lesson Study dalam Profesional Learning Community dan maka kerana itu kita mengalu-alukaniIbu bapa dan guru-guru khasnya datang ke pameran dan majlis perasmian penutupan tersebut yang akan berlangsung pada 19 hb ini bagi melihat sendiri bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh PLC yang terlibat “ Tegas beliau.

Latest Articles